Khamis, 27 September 2012
Selasa, 18 September 2012
PAS, Ustaz Azhar Idrus dan artis
Harakahdaily, | 14 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia begitu komited dalam usaha menyampaikan dakwah di kalangan penggiat-penggiat seni tanah air dan juga anak-anak muda.

Semalam Usrah Musika membuat kelainan apabila membawa para pendakwah bebas untuk menjawab setiap persoalan daripada para artis khususnya berkaitan agama.
“Kita tidak pernah menafikan sumbangan dari penggiat seni bahkan terkadangnya mereka menterjemahkan pendidikan kepada masyarakat dalam satu medium yang lebih mudah diterima oleh masyarakat.
“Sebab itu kita mahu mendekati mereka dan memberikan khidmat nasihat di samping merapatkan jurang di antara agamawan dan juga para artis ini”, kata Syed Abdul Kadir yang merupakan naqib bagi Usrah Musika.

Antaranya Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah, Datuk Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Nik Abduh.
Majlis turut dimeriahkan dengan tokoh pendakwa bebas seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Syed Nur Hisyam.
Sambutan daripada artis juga sangat menggalakkan. Antara yang hadir adalah artis-artis dari kumpulan nasyid, Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Raja Lawak, Farah Asyikin, Noryn Aziz dan ramai lagi.

“Matlamat kita dalam Musika adalah untuk menyediakan satu ruang kepada para artis untuk lebih mengenali Islam.
“Sebenarnya mereka juga ingin mendalami agama mereka dan mereka mahu mendekati ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah,” katanya lagi.
Menurut beliau juga, usrah Musika ini juga akan diadakan pada setiap bulan. Para artis adalah dijemput untuk saling bertukar pandangan, maklumat dan ilmu.
Dipetik Dari HarakahDaily
Ahad, 9 September 2012
biodata ustaz azhar
Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.
7.Rasydan (6 tahun)Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)
Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.
OHARTIS: DALAM KEASYIKAN KITA BERFACEBOOK, MUNCUL JUGA RAMAI ULAMAK BERWIBAWA YANG MEMANCARKAN CAHAYA ISLAM KEPADA KITA SEMUA. SEPATUTNYA KITA BERSYUKUR KERANA IANYA SALAH SATU CARA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA UMAT YANG DISAYANGI.
Anda boleh cuba untuk menggunakan Applikasi Facebook kami berkenaan soal-jawab Ustaz Azhar Idrus. Kami akan generate satu random soalan beserta jawapan untuk anda dan ianya akan dipaparkan ke wall anda untuk rujukan rakan-rakan anda yang lain. Ianya sebuah apps yang paling mudah dapat kami lakukan dalam memanjangkan dakwah Islam. harap ianya bermanfaat kepada anda.

Langgan:
Catatan (Atom)